Persatuan Harap Kerajaan Negeri Semak Elaun Ketua Kampung

freddie-Sua.jpg

Fredie Sua

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Suang Lotud Sabah (Lotud) berharap Kerajaan Negeri mengkaji semula elaun atau gaji bulanan ketua kampung.
Presidennya, Datuk Fredie Sua berkata, gaji RM700 yang diberikan kepada ketua kampung sekarang sudah lama tidak dikemas kini walaupun kos perkhidmatan meningkat.
Memetik kerajaan negeri Johor, Sua berkata gaji itu dinaikkan daripada RM700 kepada RM1,200, tahun lepas, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.
“Ini selaras dengan gaji minimum yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
“Justeru, Lotud menyokong gaji dan elaun ketua kampung perlu dipertimbangkan untuk dinaikkan selaras dengan kadar gaji yang dilaksanakan di semenanjung, sesuai dengan tugas dan perkhidmatan yang perlu dijalankan sebagai ketua kampung.”
Beliau berkata Persatuan yakin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan memberi perhatian kepada peningkatan kos sara hidup dan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu. – Daily Express

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top