Persatuan Alumni KTYS laksana Program Sentuhan Kasih di Gereja Kampung I Gonok, Kota Belud

sentuhan-kasih-kota-belud.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD : Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) meneruskan aktiviti kebajikannya di bawah Program Sentuhan Kasih Alumni KTYS di Gereja Katolik St. John Of The Cross Kampung Gonok di sini, kelmarin.

Presiden persatuan itu Mohd Pkhruddin Bian turut hadir pada program itu dengan menyerahkan sumbangan berupa beras dan hamper kepada Ahli Gereja Pelinting @ Jaimon Basinau dan isteri Sunggim Yadap.

Ketua Exco Biro Publisiti dan Penerangan Rendy Ziki berkata program tersebut adalah program tahunan persatuan itu dalam menyantuni masyarakat.

Katanya pihak gereja di kampung itu akan menyerahkan sumbangan beras itu kepada penduduk kampung yang dikenal pasti memerlukan bantuan.

Menurutnya aktiviti luar ini dapat mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa persatuan itu kepada masyarakat di lapangan. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top