Perpindahan utiliti elektrik, paip air punca kelewatan pembinaan Pan Borneo

shahelmey.jpg

Shahelmey ketika ditemui pemberita pada program mesra rakyat sempena sambutan Hari Natal di Kampung Potuki di Putatan.

Kongsi Bersama

PUTATAN: Kerja-kerja pemindahan utiliti melibatkan elektrik dan paip air antara punca kelewatan pembinaan beberapa jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan kontraktor terus melaksanakan kerja-kerja pembinaan supaya lebuh raya tersebut dapat disiapkan dengan segera.

“Cuma kadang-kadang terdapat sedikit gangguan dari sudut kelewatan perpindahan utitili seperti elektrik dan paip air.

“Ini jelas berlaku di jajaran enam iaitu Putatan ke Inanam dan jajaran lapan dari Manggatal ke Simpang Berungis,” katanya kepada pemberita pada program mesra rakyat sempena sambutan Hari Natal di Kampung Potuki di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan semasa pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah ketika ini.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri turut memaklumkan bagi jajaran Lebuh Raya Pan Borneo dari Sipitang ke Kota Kinabalu turut menunjukkan kemajuan.

“Pakej lima sudah siap di Papar, pakej empat hampir siap tetapi belum dibuka sepenuhnya. Begitu juga pakej tiga melibatkan kawasan Membakut menuju ke Bongawan.

“Yang ada nampak sedikit kelewatan di pakej dua, Mesapol ke Beaufort dan pakej satu membabitkan Sindumin ke Melalia,” katanya.

Beliau sebelum ini memaklumkan, baki pakej kerja yang sedang dilaksanakan ketika ini ada yang dijangka siap pada akhir 2025 dan ada juga yang dijangka siap pada 2026. – Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top