Perpecahan Undi: PH dan Warisan Sama-sama Rugi

PH-Warisan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perpecahan undi dalam kalangan pembangkang di kira-kira sembilan daripada 13 kerusi yang dimenangi oleh gabungan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) di Sabah berkemungkinan menjadi faktor penyebab pembangkang hilang banyak kerusi.

Berdasarkan jumlah undi, pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Warisan di enam kerusi telah memberi kelebihan kepada GRS-BN untuk memenangi kerusi-kerusi berkenaan melalui persaingan sengit, manakala Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pula memainkan peranan penting di tiga kerusi.

‘Persengketaan’ antara PH dan Warisan menyaksikan kedua-duanya sama-sama kerugian dengan PH terpaksa berpuas hati mendapat lima kerusi berbanding enam kerusi sebelumnya, dan Warisan pula daripada enam kepada hanya tiga.

Untuk rekod Warisan bertanding di kesemua 25 kerusi manakala PH bertanding di 24 kerusi.

Pertembungan antara PH dan Warisan menyaksikan mereka kehilangan kerusi di Putatan dan Tawau, kedua-duanya dengan penyandang daripada PH, Kalabakan (penyandang Warisan) dan Batu Sapi, yang disandang Warisan sebelum kematian mendiang Datuk VK Liew.

Pembangkang boleh memenangi kerusi Libaran, Kimanis, Sipitang, Keningau dan Beaufort jika tidak kerana pertembungan sesama mereka.

Di Keningau dan Beaufort, parti KDM memainkan peranan penting dalam perpecahan itu.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan, BN mendapat tujuh kerusi manakala sekutunya GRS mendapat enam kerusi. Selain PH yang mendapat lima kerusi dan Warisan tiga kerusi, PN dan KDM masing-masing memenangi satu kerusi. Dua lagi kerusi di menangi calon Bebas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top