Perpaduan Terpancar di Putatan: UMNO, PAS, PBS di Majlis Pelancaran Jentera BERSATU

putatan.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Putatan hari ini melancarkan jentera pilihan rayanya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Tanjung Keramat.

Ketua Bahagian BERSATU Putatan, Datuk Seri Dr.Arsit Haji Sedi telah melancarkan jentera itu di perkarangan rumah Haji Karim Awang di Kampung Meruntum.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffery Nor Mohammed, Ketua PBS DUN Tg Keramat, Mohd Tahir Mohd Soon, Yang DiPertua PAS Bahagian Putatan, Ustaz Akmal Osman dan mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Ir. Shahelmey Yahya.

Arsit dalam ucapannya menegaskan pentingnya perpaduan dan permuafakatan parti-parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, dengan adanya perpaduan dan kesatuan, PN dapat menumbangkan Parti Warisan dalam kawasan parlimen Putatan yang kini mempunyai 3 DUN iaitu Petagas, Tanjung Aru dan Tanjung Keramat (kawasan DUN Baharu).

“Agenda utama kita ialah menumbangkan Kerajaan Warisan. Sebarang perpecahan hanya akan menguntungkan mereka.

“Siapa juga yang diangkat sebagai calon oleh pucuk pimpinan PN & BN, ahli-ahli anggota komponen hendak memberikan sokongan padu bagi memastikan kemenangan calon tersebut,” tegasnya.

Serentak itu, beliau telah mengarahkan jentera pilihan raya BERSATU Bahagian Putatan memastikan jentera di daerah-daerah mengundi menggiatkan gerak kerja lapangan masing-masing.

Sempena majlis itu, Arsit turut menerima 66 borang permohonan menjadi ahli BERSATU daripada ahli-ahli Warisan dari Kampung Meruntum dan sekitarnya.-pr/BNN

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top