KOTA BELUD: Sempena perayaan Hari Natal ADUN Usukan, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) hadir untuk beramah mesra bersama pemimpin Gereja SIB di sini, semalam.
Katanya, selain beramah mesra, beliau turut mengambil kesempatan untuk berbual dengan anggota masyarakat yang hadir ke majlis itu.
“Perpaduan dan sikap saling menghormati antara kaum, agama dan budaya adalah lambang keharmonian kita di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, beliau turut berharap sambutan Hari Natal itu lebih bermakna dan keperitan yang dilalui rakyat ketika negara berdepan pandemik Covid-19 segera berakhir.