Permudahkan permohonan buskers untuk membuat persembahan: Chew

Chew-Kok-Woh-buskers.jpg

Chew ketika mengadakan tinjauan di Medan Selera.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Satu pendekatan proaktif perlu diwujudkan bagi memudahkan kumpulan ‘buskers’ memohon untuk membuat persembahan di kawasan awam.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, cadangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib untuk pertimbangan sewajarnya.

“Pemohonan ini perlu diseragamkan bagi memudahkan pihak jawatankuasa berkaitan untuk membuat keputusan yang adil sekiranya tedapat permohonan seumpamanya di kawasan tertentu.

“Ketika kini, terdapat kumpulan busker yang membuat persembahan mereka di Medan Selera di sini,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Berikutan itu katanya, tinjauan dilakukan di Medan Selera dan berkesempatan bertemu dengan Gurindam Busker Sandakan yang membuat persembahan di sana.

Katanya, sesi perbincangan yang diadakan penting dalam usaha memaklumkan kepada pihak berwajib bahawa kumpulan berkenaan wajar diberikan keutamaan untuk membuat persembahan di kawasan itu. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top