Permohonan Tambah Jemaah Masjid Akan Dikaji: Mufti Sabah

mufti-bungsu-aziz-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mufti Negeri Sabah, Datuk Bongsu @Aziz Jaafar memaklumkan pihaknya akan membuat penilaian terhadap permohonan supaya Prosuder Operasi Standard (SOP) bagi bilangan 300 jemaah masjid yang diluluskan, baru-baru ini dapat ditambah.

Beliau berkata, keputusan mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu SOP itu dilonggarkan agar lebih ramai jemaah dapat beribadah di masjid.

“Kita akan kaji kerana ada permintaan supaya SoP itu dilonggarkan sedikit kerana keadaan semasa yang menunjukkan perkembangan dalam imuniti kelompok penerima vaksin di Sabah.

“Nampaknya peratusan (penerima vaksin) sudah naik dan situasi ini juga mempengaruhi (penilaian untuk diluluskan) dan insyaAllah kita akan umumkan keputusannya dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa tinjauan di Pasaraya Rayana Putatan yang mengamalkan perniagaan runcit berkonsepkan ‘Halallan Toyyiba’, di sini pada Khamis. – DE/Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top