Permit Beli Peluru Diperketat Di Sabah, Sarawak

TS-Hamid-IGP.jpg
Kongsi Bersama

LANGKAWI: Proses pengeluaran permit membeli peluru di premis berlesen di Sabah dan Sarawak diperketatkan bagi mengelak dimanipulasi dan digunakan secara tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata langkah itu diambil bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Penjualan peluru di Sabah dan Sarawak diperketatkan kerana saya difahamkan banyak senjata buatan sendiri diseludup masuk ke dua negeri itu.

“Peluru digunakan (untuk senjata buatan sendiri) adalah peluru dijual di premis berlesen,” katanya pada sidang media bersama selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khas di Ombak Villa di sini, semalam.

Mesyuarat dipengerusikan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, pihak majikan yang membina rumah kongsi di ladang atau pinggir hutan berdepan tindakan undang-undang jika terdapat pekerja mereka melakukan jenayah menjerat hidupan liar.

“Tindakan tegas akan diambil kepada majikan membenarkan pekerja mereka terdiri warga asing melakukan jerat binatang liar.

“Majikan bertanggungjawab menasihat, memantau dan menghalang pekerjanya daripada melakukan aktiviti haram itu,” katanya.- BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top