Permaisuri Agong tulis sendiri aduan jalan teruk di Sabah

permaisuri-agong.jpeg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Orang ramai memuji keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan rosak di Sabah ketika lawatannya di negeri itu.

Melalui sebuah video yang tular di media sosial, Raja Permaisuri dilihat menulis sendiri aduan tersebut sebaik sahaja mendengar aduan itu daripada penduduk.

Raja Permaisuri Agong turut dilihat bersalaman bersama individu yang membuat aduan itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berharap aduan yang ditulis sendiri oleh Permaisuri Agong dapat memberi perubahan kepada keadaan jalan raya di sekitar Sabah.

“Macam inilah bagus Tuanku turun padang dengar sendiri perasaan rakyat jelata,” kata Bacelor Pau.

“Terbaik Malaysia, punyai YDPA Agong dan PM yang sangat Prihatin kepada Rakyat,” kata Hazzem.

“Daulat Tuanku..terbaik! Catat dia semua tuanku,” kata Izz.

Vidoe tersebut kini telah mendapat kira-kira 130,000 tontonan di TikTok.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di Sabah sempena Kembara Kenali Borneo bagi merealisasikan impian Baginda menelusuri Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top