Perlukah rakyat Sabah tunggu PRU sekali lagi untuk dapat jalan raya sempurna?

Jalan-kaki-SK-Magandai.jpg

Murid terpaksa berjalan kaki di laluan yang berlumpur untuk sampai ke SK Magandai, Kota Marudu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hampir dua tahun lalu, Sinar Harian pernah melaporkan keputusan rasmi Parlimen Kota Marudu hanya diperoleh keesokan harinya selepas tiga peti undi dari pusat daerah mengundi (PDM) Sungai Magandai terkandas akibat banjir.

Disebabkan keadaan banjir itu menyebabkan jalan penghubung dari Kampung Magandai tidak dapat dilalui oleh kenderaan yang membawa peti undi ke pusat penjumlahan undi di Dewan Komoniti Kota Marudu.

Tiga peti undi itu hanya tiba di pusat penjumlahan undi selepas sehari waktu mengundi berlangsung iaitu sekitar jam 6 pagi Ahad (22 November 2022) yang dibawa dengan menaiki pacuan empat roda.

Begitu juga apa yang pernah berlaku pada tahun yang sama mengenai kisah pasangan suami isteri terpaksa berjalan kaki selama sejam dengan membawa jenazah anak mereka berusia lima bulan untuk dikebumikan di Kampung Samparita Tengah.

Pasangan suami isteri itu terpaksa meredah perjalanan itu selepas van jenazah yang dinaiki mereka tidak boleh sampai ke kampung berkenaan berikutan keadaan jalan rosak selain hujan yang menyebabkan kenderaan tersebut ‘tersangkut’ di tengah jalan.

Difahamkan, jalan untuk ke Kampung Samparita Tengah adalah laluan yang sama untuk ke Kampung Sungai Magandai dan ia tidak boleh dilalui jika keadaan cuaca kurang baik…

Baca seterusnya di: SINAR HARIAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top