Perlu Ada Peraturan Parlimen Bolehkan PM Dipecat, Kata Speaker Dewan Negara

Wan-Junaidi.jpg

Dr Wan Junaidi (gambar fail)

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Satu peruntukan di bawah peraturan mesyuarat parlimen yang membolehkan perdana menteri didakwa dan dipecat atas kesalahan salah laku mesti diwujudkan, kata Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi yang juga bekas menteri undang-undang berkata negara seperti United Kingdom mempunyai peraturan seperti itu malah bekas perdana menteri Tony Blair hampir dipecat pada 2004.

Beliau berkata demikian dalam satu forum bertajuk “Political Stability in a Hung Parliament”.

Sekumpulan Ahli Parlimen Britain membentangkan usul untuk mendakwa dan memecat Blair atas kesalahan salah laku pada 2004 tetapi usul itu ditolak dan tidak dibahaskan.

Blair menjadi perdana menteri Britain dari 1997 hingga 2007.

Prosiding itu yang dikenali sebagai “impeachment” merujuk pertuduhan salah laku yang dibuat terhadap pemegang jawatan awam yang membolehkan mereka dipecat.

“Sekiranya kita tiada (peraturan seperti itu) ia perlu diperkenalkan. Ia sudah ada di England pada tahun 1800 lagi,” kata Wan Junaidi dalam satu forum bertajuk “Political Stability in a Hung Parliament”.

Walaupun Ahli Parlimen dibenarkan menghantar usul tidak percaya kepada perdana menteri, tetapi kata Wan Junaidi, usul itu mungkin tidak dibentang atau dibahaskan kerana kerajaan mengawal agenda prosiding Dewan Rakyat.

“Sudah pasti kerajaan akan meminta menteri (yang menguruskan hal ehwal parlimen) tidak berbuat demikian (membenarkan usul dibentangkan di Dewan Rakyat).

“Sekiranya ketua pembangkang akan membentangkan usul itu, ia tertakluk pada peraturan ditetapkan bahawa hal ehwal kerajaan mesti diutamakan,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top