Perkukuh Agenda Perpaduan Kaum Untuk Tarik Sokongan – PAS Sabah

sahar-abd-majid.jpg

Sahar

Kongsi Bersama

SANDAKAN: PAS Sabah akan terus komited dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat Cina, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Sahar Abdul Majid.

Sehubungan itu, katanya, program keharmonian bersama masyarakat Cina yang diadakan di Kenalanmu Seafood Sandakan, di sini semalam bukan yang julung kali diadakan.

Menurutnya, majlis itu dilaksanakan dalam rangka menyusun kerjasama antara kedua belah pihak bagi menarik sokongan masyarakat itu terhadap PAS di negeri ini.

“Agenda perpaduan dan keharmonian kaum antara tujuan utama yang dibawa oleh PAS perlu diperkasakan dan diperkukuh bagi memastikan sokongan kaum lain terhadap PAS terus meningkat.

“PAS hargai jemputan daripada Chan Hin Wai dan Chang Heng Kwong daripada Persatuan Stevedor Pelabuhan Sandakan ke majlis ini,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Tambahnya, penubuhan Dewan Himpunan Pendukung PAS juga memainkan peranan penting yang menjadi jalan tengah sebagai penghubung antara kaum bukan Islam dengan parti itu.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah ADUN (Dilantik) Sabah yang juga Setiausaha PAS negeri, Dr. Aliakbar Gulasan dan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Norsah Bongsu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top