PERKIM Perbaharui Semula Kerjasama Dengan USIA

IMG-20220906-WA0005.jpg

Sapawi (tiga, kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Dr Yusof (lima, kiri) selepas kunjungan hormat itu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) berhasrat untuk memperbaharui semula kerjasama dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) meliputi pelbagai aspek bagi kebaikan bersama, khususnya dalam pembangunan dakwah.
Hasrat ini disuarakan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Hj Ahmad di pejabatnya di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua USIA, Hakim Ghulam, Setiausaha Agung USIA, Iman Ali dan Ketua Penerangan USIA, Datuk Abdullah Hussin.
Ketika ditemui selepas kunjungan itu, Dr Mohd Yusof berkata kedua-dua pertubuhan itu mempunyai matlamat dan agenda perjuangan yang seiring, malah kerjasama antara keduanya sudah lama terjalin.
Beliau berkata sebagai anggota gabungan, USIA diyakini mampu memainkan peranannya dalam pelbagai program dan aktiviti, khususnya berkaitan dakwah.
Katanya, kunjungan beliau kali ini adalah untuk memperbaharui semula kerjasama antara PERKIM dengan USIA, selain datang untuk mengucapkan tahniah kepada Sapawi bersama kepemimpinan baharu USIA yang dipilih baru-baru ini.
Beliau yakin dengan kepimpinan Sapawi akan membawa dimensi baharu kepada USIA dalam menggerakkan hala tuju dakwah di negeri ini.
Sementara itu, Sapawi berkata pihaknya menghargai kunjungan Dr Mohd Yusof bersama kepimpinan PERKIM dan menjelaskan bahawa USIA komited dalam usaha merealisasikan misi dan visi ke arah mengembalikan kegemilangan USIA.
Katanya, satu Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024 sedang disiapkan dan dijangka dilancarkan bulan depan, untuk dijadikan pelan tindakan tiga tahun mendatang.
Beliau berkata dalam pelan berkenaan diperincikan mengenai misi memperkasa, membugar dan menggilap imej, menpelbagaikan aktiviti dakwah serta mengukuhkan pengurusan organisasi, aset dan kewangan USIA.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top