Perkhidmatan Pengangkutan Darat Dari Sarawak Dibenar Masuk Sabah

transport.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Warganegara yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan darat (transporter) yang melalui jalan dari Sarawak dibenarkan masuk ke Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya pada Khamis berkata, kebenaran memasuki Sabah hanya diberikan kepada pihak yang mengemukakan surat atau dokumen sokongan.

Katanya, surat dan dokumen sokongan berkenaan hendaklah dikemukakan kepada pegawai imigresen dan kesihatan negeri di pintu masuk-pintu masuk negeri Sabah.

Menurutnya, setiap kemasukan pekerja dan pemandu adalah tertakluk kepada penilaian risiko oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk operasi transporter dari Sarawak ke Sabah bermula jam 5 pagi hingga 11 malam.

Masidi berkata, SOP berkenaan turut diguna pakai untuk perkhidmatan menghantar dan memunggah barangan bagi pengangkutan lori yang memasuki Wilayah Persekutuan Labuan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top