Perkembangan Politik Pusat Tidak Jejaskan Hubungan Bersatu Dan UMNO Sabah – Hajiji

hajiji-dan-bung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:  Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan kerjasama antara Bersatu dan UMNO di Sabah tidak akan terkesan dengan perkembangan politik di Kuala Lumpur.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, Bersatu akan terus bekerja bersama dengan rakan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“UMNO di peringkat Pusat tahu azam kita adalah untuk memperkukuhkan GRS dan Bersatu akan terus bekerja serta bekerjasama dengan rakan-rakan kita di Sabah demi menghormati mandat rakyat yang menjadikan GRS berkuasa.

“Ini bukan masanya untuk pertengkaran politik tetapi untuk bekerja. Kita sedang berhadapan dengan pandemik, cabaran ekonomi dan kesukaran yang menimpa rakyat. Jadi jangan kita terganggu tetapi bekerja sama untuk mengatasi cabaran ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.

UMNO di peringkat Pusat sebelum ini mengesahkan parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top