Perjanjian Kredit Karbon: Laporan Al-Jazeera ‘Putar Belit’, Kata Dr. Jeffrey

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengkritik artikel terbitan Al Jazeera sebagai “putar belit dan tidak bertanggungjawab” berhubung artikel perjanjian kredit karbon Sabah, yang dikatakan ditulis berdasarkan sumber “pemberi maklumat”.

Kitingan berkata, saluran berkenaan sepatutnya melakukan fakta silang dengan kerajaan negeri, yang sebelum ini sudah mengesahkan perjanjian pemuliharaan alam semula jadi (NCA).

Katanya, Al-Jazeera juga sepatutnya melakukan tindakan berkenaan berbanding bergantung kepada dakwaan palsu yang dibuat oleh “individu yang berniat jahat untuk memburuk-burukkan perjanjian itu dan yang telah menubuhkan kumpulannya sendiri untuk mengambil alih perjanjian berkenaan”.

Beliau berkata, pemberi maklumat sama telah mengelirukan serta mengeksploitasi bekas Senator DAP Adrian Lasimbang.

“Jelas, kedua-dua mereka Al-Jazeera dan Lasimbang membuat kenyataan terhadap topik berkenaan berdasarkan pembohongan dan kepalsuan yang disuap kepada mereka oleh individu yang motifnya berkehendak laba politik, selain menghasut masyarakat orang asli dengan memfitnah saya,” katanya dalam kenyataan.

Jeffrey berkata, Al Jazeera sewenang-wenangnya memfitnahnya bersandarkan maklumat disediakan “pemberi maklumat” itu tanpa menyiasat kebenarannya.

“Saya mempertimbangkan mengambil tindakan perundangan terhadap Al Jazeera dan Lasimbang serta beberapa pihak lain yang aktif menyebar maklumat salah kepada orang awam, terutamanya pihak yang mahu mencemarkan nama saya,” katanya.

Al Jazeera juga memetik pemberi maklumat tidak dinamakan yang dikatakan “mempunyai pengetahuan langsung tentang perjanjian berkenaan”.

Artikel terbabit juga turut menceritakan pertuduhan rasuah dan hasutan yang dikenakan sebelum ini terhadap Jeffrey.

Jeffrey sebagai mempertahankan dirinya berkata, beliau melantik rakyat Sabah sebagai ketua jabatan ketika menjadi pengarah yayasan terbabit.

Katanya, jawatan-jawatan berkenaan sebelum ini dimonopoli oleh ‘orang Malaya’.

“Mungkin, atas sebab itu, Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad marah dengan saya dan mengada-adakan pembohongan untuk memburukan nama saya dan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top