Peristiwa sejarah negara perlu diserap dari sekolah

christina-2.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Peristiwa bersejarah negara perlu dididik dan diserapkan dalam diri anak Malaysia bermula dari peringkat kurikulum sekolah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, anak Malaysia perlu tahu tarikh Hari Kebangsaan dan Hari Sabah disambut pada 31 Ogos, manakala Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

“Pendidikan hari peristiwa penting negara perlu diberikan seawal persekolahan bagi mengelak kekeliruan di kemudian hari.

“Buku teks sekolah perlu memaparkan maklumat yang tepat supaya generasi akan datang mempunyai pengetahuan tentang sejarah dan perjuangan mencapai kemerdekaan,” katanya dalam perutusan Hari Kemerdekaan, di sini semalam.

Katanya, rakyat di negeri ini julung kali turut meraikan Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati enam dekad kemerdekaan Sabah seperti yang diumumkan Ketua Menteri.

“Kita mahukan generasi muda di negeri ini membesar dengan pemahaman yang jelas mengenai peristiwa penting Sabah dan Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia perlu menghargai nilai nasionalisme dan berbangga menjadi rakyat negara ini yang berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya.

Christina berkata, terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba mempertikaikan tarikh sebenar pembentukan Malaysia.

“Pembentukan Malaysia berusia 60 tahun, bukannya 66 tahun seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana Malaysia tidak wujud ketika tanah melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top