Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah tiada permit – Polis

polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perhimpunan aman #KamiMahuAir (#WeWantWater) yang dirancang di hadapan Menara Kinabalu pada 14 Julai ini tidak mempunyai permit, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda dalam kenyataan pada hari ini berkata, acara anjuran pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu tidak boleh diproses untuk kelulusan kerana tidak dilengkapi dokumen yang diperlukan.

“Surat maklum balas dihantar kepada penganjur yang menyatakan permohonan tidak dapat diproses melalui pos dan WhatsApp kerana tidak dapat dihubungi.

“Oleh itu, perhimpunan ini tidak mempunyai kelulusan dan tiada permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu,” katanya sambil menasihati orang ramai terutama mahasiswa supaya tidak terlibat dalam perhimpunan itu.

Sejak akhir-akhir ini, timbul dakwaan di media sosial bahawa isu air yang berterusan di UMS menjadi sebab penganjuran perhimpunan itu, yang bertujuan menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri.

Pada Selasa, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata isu air UMS sepatutnya diselesaikan kerana Jabatan Air telah pun membaiki paip pecah yang menyebabkan masalah itu dan sedang membekalkan air ke kampus.

“Untuk bekalan tambahan, UMS mempunyai telaga tiub dan jika tidak silap saya, ia boleh menyediakan lebih satu juta liter setiap hari.

“Saya tidak pasti apa masalahnya, jadi saya meminta UMS untuk menyiasatnya,” tambah beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top