Perginya Seorang Janang Gayuh

ruslan-muharram.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Masyarakat Bisaya kehilangan seorang pemimpin bergelar Janang Gayuh berikutan pemergian Datuk Seri Lajim Haji Ukin yang merupakan Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS).

Timbalan Presiden I PBBS, Haji Ruslan Muharam berkata, allahyarham (Lajim) banyak berjasa kepada rakyat di daerah Beaufort, khasnya, dan Sabah, umumnya.

“Allahyarham yang merupakan mantan ADUN Klias, mantan Ahli Parlimen Beaufort dan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam arena politik.

“Semasa allahyarham menjadi pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan, beliau banyak membawa kemajuan kepada rakyat,” kata Hj Ruslan yang juga ADUN Lumadan.

Hj Ruslan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebatu, sini, jam 12.40 tengahari semalam.

PBBS mempunyai 60,000 ahli di seluruh Sabah.

Lajim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Sabah pada pukul 6.23 pagi tadi akibat jangkitan Covid-19.

Allahyarham disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta berkenaan sejak 13 Ogos lalu.

Lajim, 66, turut menghidap penyakit kronik termasuk penyakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi.

Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada 2008-2009 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009-2012.

Selain itu, beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Beaufort pada 2009-2012 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias pada 2013-2016.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top