Perdana Menteri “membisu” mengenai bantahan terhadap penubuhan JKDM di Sabah

PM-Kaamatan.jpg

(Kredit foto: FB Anwar Ibrahim)

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membisu berhubung bantahan beberapa pemimpin GRS terhadap pelaksanaan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani JKDM) di Sabah.

Semasa Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan di Hongkod Koisaan KDCA, Perdana Menteri mengakhiri ucapannya tanpa menyentuh isu yang dipersoalkan itu.

Namun nasib pelaksanaan JKDM masih tidak jelas dan hanya masa yang menentukannya.

Difahamkan, sebahagian daripada watikah pelantikan telahpun diserahkan kepada pengerusi JKDM yang dilantik di beberapa DUN di Sabah, manakala selebihnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, rakyat Sabah menjangkakan Perdana Menteri akan menzahirkan pendirian terhadap pelaksanaan JKDM.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, sebelum ini menegaskan pemimpin kerajaan negeri akan menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan JKDM Madani di Sabah semasa lawatan Perdana Menteri ke negeri ini.

Jeffrey berkata Sabah sudah pun mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sekali gus menyifatkan inisiatif JKDM di bawah Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa (KKWD) sebagai tiada keperluan bagi mengelak pertindihan tugas.

Namun, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mempertahankan penubuhan JKDM yang berbeza di Sabah, menonjolkan peranannya dalam menyelaras program meningkatkan ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung bagi membasmi kemiskinan tegar di Sabah. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top