Perdana Menteri Masih Ada Sokongan Mencukupi – Putrajaya

muhyiddin.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih kekal sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai sokongan 115 orang Ahli Parlimen di sebalik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, petang semalam.

Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri, kesemua akuan berkanun 115 orang ini merupakan dokumen sah perundangan yang perlu dibatalkan secara individu, bukannya melalui keputusan parti.

“Kenyataan Presiden UMNO adalah keputusan parti yang kita hormati. Namun, kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah berdasarkan sokongan Ahli Parlimen bukan perakuan sokongan parti. Sehingga jam 7 petang tadi, tiada sesiapa Ahli Parlimen yang telah menandatangan akuan berkanun memberi notis untuk menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri,”, tegas sumber tersebut.

Sumber tersebut turut menyatakan kenyataan media Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah hanyalah mengenai peletakan jawatan sebagai Menteri bukannya menarik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Petang semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MKT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan kerajaan menguruskan rakyat dan bertelingkah dengan Istana Negara.

Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa Muhyiddin telah hilang majoriti kerana beliau telah mempersembahkan sejumlah surat akuan menarik sokongan terhadap Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top