Perdana Menteri Baharu Perlu Fokus Kepada Kestabilan, Pemulihan Negara – SSK

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perdana Menteri baharu boleh pertimbangkan untuk mewujudkan kabinet yang kecil, mahir dan bipartisan untuk membina kestabilan di negara ini, kata Pengerusi Backbencher GRS Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata realiti sebenar sekarang ialah tiada parti politik yang boleh membentuk kerajaan Persekutuan secara sendiri.

“Ada keperluan untuk penjajaran semula dan kompromi. Tetapi fokus utama seharusnya kepada pemulihan.

“Parti politik perlu ingat perkara ini dan mempercayai Yang di-Pertuan Agong untuk memilih Perdana Menteri yang akan memikul tanggungjawab ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah meletak jawatan selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa menghadap Seri Paduka di Istana Negara.

Semalam Istana Negara mengarahkan semua anggota Dewan Rakyat supaya membuat akuan dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya. Mereka diberi masa sehingga jam empat petang ini untuk mengemukakan akuan secara bertulis dan ia wajib disahkan sebagai benar.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top