Perangi Kleptokrasi: AS Tawar Ganjaran Sehingga RM20.9 Juta Kepada Pemberi Maklumat

kleptokrat.jpg
Kongsi Bersama

Kerajaan Amerika Syarikat menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta (RM20.9 juta) kepada pemberi maklumat dalam usahanya memerangi rasuah dan kleptokrasi kerajaan negara lain.

Tawaran itu dibuat di bawah Program Ganjaran Pemulihan Aset Kleptokrasi, yang digerakkan melalui Kongres negara itu,

Program tersebut merupakan salah satu usaha AS yang berterusan untuk mengenal pasti dan mendapatkan semula aset yang dicuri, kehilangan hasil daripada rasuah, serta mengembalikan aset atau hasil yang dicuri tersebut kepada negara terkesan akibat perbuatan rasuah.

Melalui program tersebut, ganjaran akan diberikan kepada pemberi maklumat yang membawa kepada sekatan atau rampasan, atau penghantaran balik “aset yang dicuri” seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang, yang dikaitkan dengan rasuah kerajaan negara asing.

Program tersebut di urus oleh Pejabat Keganasan dan Perisikan Kewangan Jabatan Perbendaharaan AS dengan kerjasama Jabatan Keadilan AS serta Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Negeri dan Tempatan AS.

Difahamkan, program tersebut berfungsi sebagai pengganda paksa untuk program ganjaran sedia ada yang disasarkan kepada pelbagai ancaman kewangan haram.

“Setiausaha Perbendaharaan AS mempunyai kuasa berkanun untuk menawarkan ganjaran sehingga maksimum 5 juta US dollar untuk maklumat yang membawa kepada sekatan atau rampasan, rampasan atau penghantaran balik aset yang dicuri dalam akaun di institusi kewangan AS ( termasuk institusi kewangan asing cawangan AS), yang datang dalam Amerika Syarikat, atau yang berada dalam milikan atau kawalan mana-mana orang AS,” kata satu kenyataan.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top