Penyu Hijau Dibunuh Dengan Kejam

penyu-hijau.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 bangkai penyu hijau ditemukan di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna, semalam, selepas dibunuh dengan kejam dengan dagingnya dilapah, dimasak sebelum dikumpulkan di dalam guni.

Malah, semua bangkai penyu hijau berkenaan dibiarkan mereput dengan perut terburai dibuang merata tempat. Ia ditemui jam 6 pagi semalam oleh pasukan keselamatan yang menjalankan Op Bersepadu Khazanah.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Sabah Abdul Rani Alias, berkata pihaknya menemui sisa yang bersepah di perairan berkenaan bersama anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah yang terbabit operasi sama.

Katanya, mereka juga menemui sebatang kail dipercayai digunakan untuk menangkap penyu.

“Selain itu, kita menemui dua karung berisi isi penyu yang sudah dimasak, bangkai penyu dan peralatan memasak.

“Namun pemeriksaan di sekitar lokasi tidak menemui suspek yang melakukan kegiatan berkenaan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Abdul Rani berkata, semua penemuan termasuk peralatan memasak yang keseluruhan dianggarkan RM8,200, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top