Penyertaan ke Gagasan Rakyat bukti rakyat meyakini perjuangan parti – Dr Yusof

dr-yusof.jpg

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob menerima borang keahlian dalam satu majlis penyertaan beramai-ramai penduduk Kampung Lubuk Darat Sianggou ke Gagasan Rakyat.

Kongsi Bersama

SIPITANG: Penyertaan rakyat terhadap Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) membuktikan parti itu semakin diterima baik dan diyakini dapat memperjuangkan aspirasi rakyat kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Mengulas lanjut, Yusof yang juga merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata rakyat di negeri ini tentunya menginginkan Sabah untuk terus melakar pembangunan ke arah yang lebih cemerlang justeru semua lapisan masyarakat harus memberikan sokongan yang padu terhadap kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Katanya, untuk mengangkat lagi ekonomi Sabah rakyat harus memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan ketika ini bagi memastikan sokongan itu dapat diterjemah kearah kestabilan seterusnya membawa manfaat kepada ekonomi.

“Gagasan Rakyat perlu dokongan rakyat dan sudah tentu pucuk pimpinan dan pemimpin bahagian akan terus berjuang agar hasrat rakyat untuk melihat Sabah lebih cemerlang dan harmoni dapat dicapai.

“Berilah sokongan yang padu kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar Ketua Menteri terus komited berjuang membela kebajikan rakyat demi mengangkat kestabilan ekonomi, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis penyertaan beramai-ramai penduduk Kampung Lubuk Darat Sianggou ke Gagasan Rakyat, pada Sabtu.

Penyerahan borang keahlian itu disampaikan Hamdan Bair kepada Yusof yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin.

Dalam pada itu, Yusof berkata, penyertaan rakyat terhadap Gagasan Rakyat merupakan hasil daripada pendekatan pemimpin dan ahli yang komited turun padang menerangkan tentang isu-isu semasa dan terkini yang dilakukan kerajaan.

Beliau memuji usaha itu dan menyeru kepada ahli dan pimpinan bahagian supaya meneruskannya bagi memastikan rakyat mendapat penerangan yang sahih dan tepat terutama dalam soal pembangunan serta yang meliputi aspek kebajikan rakyat.

“Perkara ini seharusnya dilakukan sepanjang masa agar rakyat mendapat pencerahan dari masa ke semasa. Syabas dan tahniah saya ucapkan dan juga terima kasih atas keikhlasan dan kebersamaan ahli cawangan baharu ke Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin, ” katanya. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top