KOTA KINABALU: Program Penyerahan Dana Peniaga Sempena Karnival Usahawan dan Sambutan Kaamatan akan berlangsung mulai 3 Jun ini.
Pengerusi Penganjur, Nursyahira Abdullah berkata program tiga hari itu akan diadakan di daerah Kota Belud untuk membantu memacu ekonomi masyarakat setempat yang terjejas sejak pandemik Covid-19.
“Program ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Jun dan berakhir pada 5 Jun ini di daerah Kota Belud.
“Program yang dikhususkan untuk rakyat ini untuk membantu golongan peniaga, di samping meningkatkan ekonomi setempat akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.
“Dalam masa yang sama, kita dapat berkumpul meraihkan perayaan kaamatan bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk bagi mengeratkan lagi silaturahim,” jelas beliau.
Oleh yang demikian, beliau menjemput masyarakat setempat hadir dan memeriahkan program berkenaan.
Nursyahirah ditemui media selepas sesi kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah di Wisma Dang Bandang, pada Isnin. – Warta Oriental