Penyeludupan Ayam Di Sabah Akan Dibanteras Secara Besar-besaran

james-ratib-ayam.jpg

James (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Pelabuhan Sepanggar

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Satu aktiviti penyeludupan ayam telah dikesan berlaku di Wilayah ini yang dilihat telah menimbulkan masalah yang besar kepada kerajaan negeri mahupun rakyat di Sabah.

Hal itu terbongkar ekoran lawatan yang dilakukan sendiri oleh Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Wilayah Sabah, Datuk James Ratib ke Jabatan Veterina di Sepanggar pada awal pagi tadi.

“Saya sebentar tadi baru melawat Jabatan veterina di Sepanggar dan bertemu dengan pegawai-pegawai di sana. Kita dapati cara mereka mengawal penyeludupan ayam adalah sangat longgar.

“Justeru saya mengambil beberapa ketetapan yang diaharapkan akan membenteras penyeludupan ayam secara besar-besaran di Sabah,” tegas beliau dalam satu keyataan media di sini.

James berkata, beliau akan mengetengahkan mengenai isu halal ayam kerana bila berlaku penyeludupan, tiada pihak yang tahu status ayam tersebut samada halal ataupun haram bagi umat Islam.

“Kita dapati bahawa kegiatan penyeludupan ayam yang berlaku di sini telah menimbulkan dua isu yang sangat besar di Sabah yang melibatkan isu Halal dan juga ketirisan.

“Dari segi ketirisan, yang kita maskudkan ialah kegiatan yang salah di sisi undang-undang ini mengakibatkan kerugian besar dari segi hasil pungutan oleh kerajaan Sabah.

“Sementara dari segi Halal pula menimbulkan kerisauan tentang status ayam samada ia halal atau tidak halal untuk dikomsumsi oleh para pengguna, terutama sekali oleh yang beragama Islam,” jelas beliau.

Menurut James, didapati bahawa aktiviti penyeludupan ayam ini sudah berleluasa sejak dahulu lagi dan kalau ia tidak dibenteras dari saat ini juga, maka ia akan terus berlarutan sampai bila-bila, dan orang ramai akan makan ayam yang tidak diketahui statusnya.

Sehubungan dengan itu, beliau telah membuat keputusan untuk mengambil beberapa tindakan drastik dalam menangani masalag tersebut.

“Saya akan menempatkan beberapa pegawai penguatkuasa di kit-kit pelabuhan di Kota Kinabalu untuk membuat pemeriksaan yang lebih rapi terhadap aktiviti distribusi ayam supaya ia dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan.

“Saya juga akan menyediakan beberapa kenderaan yang akan mengekori kontena-kontena yang disyakki oleh Jabatan Veterina menjalankan aktiviti penyeludupan termasuk membuat deklarasi palsu, sampai ke destinasi mereka,” jelas beliau.

James menegaskan bahawa pihaknya memberi amaran keras kepada semua penyeludup untuk hentikan kegiatan mereka secara serta merta, sebelum tindakan undang-undang yang berat dijatuhkan keatas mereka.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Ketua Seksyen Kuarantin dan Import Eksport, Dr Nur Hasreena Nadia Ahlun; Ketua Seksyen Penguatkuasaan, Francis Palikat; Pegawai Penguasa Pejabat Kuarantin DVS, Pelabuhan Sepanggar, Madsah Laudin, antara lain. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top