Penyatuan etnik di Tawau mampu menjadi inspirasi daerah lain

Datuk-Nizam.jpg

Nizam dan Suryady bergambar bersama jawatankuasa penganjur majlis makan malam Persatuan Etnik Tawau,

Kongsi Bersama

TAWAU: Usaha menyatukan semua 32 buah etnik yang ada di daerah ini boleh dijadikan inspirasi kepada daerah dan negeri lain bagi membantu meletakkan semula Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kepelbagaian etnik dan agama di Malaysia adalah sumber kekuatan yang perlu dipelihara.

Katanya, ia bagi mengekalkan kestabilan politik di negara ini dan sebuah kerajaan yang kukuh di mata dunia.

“Malaysia sememangnya unik dalam membuktikan bagaimana kepelbagaian dapat disatukan dan dimanfaatkan untuk pembinaan negara.

“Kepelbagaian acara komuniti yang menonjolkan kekayaan latar budaya Malaysia boleh memupuk rasa bangga dan kekitaan secara bersama semua etnik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika hadir dalam majlis makan malam Persatuan Etnik Tawau, pada Ahad. Turut hadir, Pengerusi Penganjur, Ustaz Amin Nasir.

Menurutnya, penyatuan itu juga adalah harapan kepimpinan kerajaan supaya rakyat berbilang kaum dan agama sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain.

“Hal ini kerana, negara dan negeri kita hanya boleh bergerak ke hadapan serta kekal aman sekiranya rakyat berbilang ini sentiasa bersatu padu.

“Saya berharap majlis makan malam yang julung kali diadakan ini menjadi satu titik mula untuk aktiviti akan datang yang boleh dilakukan secara bersama,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, masyarakat berbilang kaum di negeri ini mempunyai keunikan budaya berlainan.

Katanya, kepelbagaian ini juga dilihat menjadi salah satu faktor kekuatan kepada sektor pelancongan di Sabah, selain keamanan yang dikecapi selama ini.

“Saya fikir majlis makan malam ini menjadi satu titik tolak ke arah menonjolkan lagi daerah Tawau yang sememangnya kaya dengan kebudayaan etniknya.

“Ia juga merupakan satu kempen untuk kita memperkenalkan daerah Tawau terutamanya kepada pelancong luar negara tentang keunikan kepelbagaian etnik di sini.

“Justeru, saya meminta penganjur makan malam ini berusaha mengadakan satu karnival berimpak besar supaya boleh menjemput pelancong luar dan menjadikan tahun melawat Tawau,” katanya. – Sabah Baru News

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top