Penyambungan haram: Sabah Electricity rugi RM30 juta setahun

curi-karan.jpg

Wayar sambungan haram yang dirampas. (Kredit foto: Sabah Electricity)

KOTA KINABALU: Sabah Electricity mengalami kerugian kira-kira RM30 juta setahun berikutan penyambungan elektrik haram yang masih berlaku di negeri ini.

Menurut satu kenyataan di halaman Facebook rasmi Sabah Electricity, syarikat utiliti untuk Sabah dan Labuan itu berkata, bahawa anggaran kerugian ini dibuat selepas kira-kira 1,000 operasi dijalankan sepanjang tahun.

Operasi ini merangkumi 200 operasi bersepadu dan 800 serbuan dalaman, tambah kenyataan itu.

Sabah Electricity berkata ia akan mempergiatkan operasi bagi membanteras masalah tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, serbuan bersepadu terbaru dijalankan kelmarin (Selasa) dan melibatkan kira-kira 50 rumah dengan sambungan elektrik haram di sekitar bandar raya ini.

Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Sabah Electricity, Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, Ketua Pegawai Runcit Ahmad Nassaruddin Kamaruzaman, Ketua Pengagihan Wilayah Tengah O&M Sudalli Sabtuahim dan Pengurus Kanan CERA KK, Christina Chin Kim Oi.

Agensi seperti Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), polis, Jabatan Air, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya turut terlibat.

Kira-kira 800kg wayar aluminium turut dirampas dalam operasi itu.

Orang awam digesa untuk memaklumkan kepada Sabah Electricity mengenai sebarang kejadian penyambungan elektrik haram dan gangguan meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top