Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Semakin Meningkat Di Sabah

HFMD.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan trend peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan lima daerah melaporkan jumlah kes tertinggi.

Lima daerah itu ialah Tawau dengan 435 kes, diikuti Sandakan dengan 387 kes; Lahad Datu (308 kes), Kota Belud (244 kes) dan Papar (229 kes).

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin, trend itu adalah kira-kira 51 kali ganda iaitu 2,834 kes bagi tempoh Januari hingga 16 Mei berbanding 55 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr Rose Nani menegaskan tiada kematian akibat HFMD dilaporkan setakat ini di Sabah.

“Sebanyak 93.1 peratus daripada kes adalah kanak-kanak di bawah umur enam tahun.

“Malah, majoriti penularan jangkitan berlaku di rumah atau pusat pendidikan awal,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dr Rose Nani menjelaskan HFMD ialah penyakit berjangkit kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di mana lepuh berair muncul pada tangan, kaki dan mulut yang disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus).

Beliau berkata kanak-kanak di bawah umur lima tahun terdedah kepada HFMD.

“Jabatan Kesihatan Sabah mengesyorkan dan menasihati ibu bapa dan pusat pendidikan awal kanak-kanak supaya mengambil langkah awal sekiranya mengesan kes HFMD.

“Selain itu, kesedaran tentang kebersihan harus berada pada tahap tertinggi,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top