Penutupan Jalan Sementara, Peluang Menjaja Sempena Pasar Malam Terbuka Tahun Baharu Cina

Norliza_awang_alip.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan jalan sementara bagi memberi laluan kepada Pasar Malam Terbuka Tahun Baharu Cina 2022 yang akan diadakan di Foh Sang, Kepayan (Yu Sang), Damai dan Manggatal pada hujung minggu ini (29 dan 30 Jan), manakala di Segama dan Lido pada Ahad (30 Jan) sahaja.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, sepanjang tempoh penganjuran pasar malam tersebut beberapa kawasan sekitar Jalan Segama dan Foh Sang akan ditutup sementara untuk kelancaran laluan trafik.

Katanya, ini termasuk jalan masuk ke kedai Foh Sang (di hadapan Jalan Rumah Kedai Golden City dan Bulatan KFC menuju simpang masuk Foh Sang) yang akan ditutup sementara untuk Pasar Malam Terbuka Tahun Baru Cina Foh Sang, Luyang, pada Sabtu (29 Jan) bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 12 tengah malam dan pada Ahad (30 Jan) bermula dari jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam.

Sementara untuk Pasar Malam Terbuka Tahun Baharu Cina di Jalan Segama, ia akan melibatkan Jalan Segama masuk ke kawasan kedai Segama dan sekitarnya yang akan ditutup sementara pada Ahad (30 Jan) bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah malam.

Noorliza berkata, kedua-dua pasar malam terbuka ini akan diadakan selama dua hari (29 dan 30 Jan) bermula dari jam 1 petang hingga 12 tengah malam.

Katanya, Pasar Malam Terbuka Tahun Baharu Cina yang akan diadakan di Kedai Kepayan (Yu Sang), Dewan Damai (kawasan parker) dan Tapak Tamu Pekan Manggatal juga akan bermula dari jam 1 petang hingga 12 tengah malam.

Satu lagi lokasi bagi Pasar Malam Terbuka Tahun Baharu Cina ialtu di Pasar Lido hanya akan diadakan pada Ahad (30 Jan) bermula dari jam 1 petang hingga 12 tengah malam

DBKK juga mempelawa orang awam yang berminat untuk menjalankan perniagaan semasa pasar malam terbuka di Kedai Kepayan (Yu Sang), parkir Dewan Serbaguna Damai, Tapak Tamu Pekan Manggatal dan Jalan Segama.

Katanya, tawaran menjaja adalah berdasarkan first come first serve basis, manakala untuk lokasi gerai yang dibuka di Foh Sang dan Lido ianya adalah untuk penjaja sedia ada sahaja.

“Kerjasama orang awam khususnya pengusaha kedai kawasan pasar malam yang terlibat di atas dimohon untuk mengosongkan kawasan letak kereta di Jalan Segama dan Foh Sang mengikut masa dan tarikh yang dinyatakan di atas bagi memberi laluan kepada acara tersebut,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik, DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota penguatkuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif serta tempat letak kereta awam yang berhampiran sepanjang tempoh penutupan jalan sementara ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top