Penurunan Kes Bukan Gambaran PKP Di Sabah Akan Tamat

PKPD.jpg

PAPAR 09 OKTOBER 2020. Anggota polis menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Papar - Penampang bagi membendung penularan Covid-19 pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). KHIS/MOHD ADAM ARININ

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah kes harian Covid-19 di Sabah yang telah menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari lalu bukanlah gambaran bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan di negeri berkenaan lebih awal.

Katanya, banyak aspek yang perlu diambil kira termasuk kadar kebolehjangkitan wabak itu di Sabah sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Banyak aspek harus diambil kira, bukan sekadar angka tetapi faktor lain seperti kadar kebolehjangkitan dan kalau saya tidak silap R-naught (kadar kebolehjangkitan) Covid-19 di Sabah ketika ini berada pada paras 0.8.

“Walaupun kita nampak ada trend penstabilan (kes Covid-19), ia bukan gambaran sama ada PKP akan ditamatkan mahupun diteruskan.

“Bagaimanapun saya yakin, sekiranya kita terus patuh kepada SOP (prosedur operasi standard), Sabah berpeluang cerah untuk menjalani satu lagi keadaan di luar PKP,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Sabah yang diadakan menerusi aplikasi Zoom, di sini, pada Isnin.

Sementara itu Masidi berkata, kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 3 juta penduduk Sabah akan menerima vaksinasi menjelang Februari tahun depan.

Katanya, program vaksinasi Covid-19 yang dijangka bermula pada 26 Feb ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dan Sabah juga tidak terkecuali.

“Ia (program vaksinasi) melibatkan fasa, iaitu yang pertama akan membabitkan petugas-petugas barisan hadapan, fasa kedua membabitkan populasi yang mempunyai komorbiditi seperti warga emas dan penghidap penyakit kronik, manakala fasa ketiga akan meliputi warganegara lain yang berumur 18 tahun ke atas.

“Program vaksinasi ini juga membabitkan seluruh penduduk di Malaysia termasuk pendatang tanpa izin yang tinggal di Sabah kerana tema program ini ialah ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’ dan pendekatan ‘tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat’,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata sebanyak 97 kes Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah hari ini dan satu kematian turut direkodkan membabitkan pesakit di Keningau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top