Penubuhan Unit Integriti Langkah Tepat Untuk Tingkatkan Perkhidmatan – Shahelmey

shahelmey.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penubuhan unit integriti melalui kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di setiap pentadbiran negeri ini mampu meningkatkan tahap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya berkata, penubuhan berkenaan dilihat bertepatan bagi merealisasikan visi perkhidmatan dengan lebih cekap dan bebas rasuah di masa hadapan.

“Saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk mencapai aspirasi supaya Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah.

“Kerajaan dalam pada itu komited mengambil langkah dan tindakan tegas untuk mencegah dan memerangi perlakuan rasuah, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa.

“Sehubungan itu, langkah penubuhan unit integriti ini di peringkat Kementerian sebagai mekanisme untuk mengawal perlakuan rasuah,”katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Tahun 2021 peringkat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang diadakan secara maya di pejabat kementerian baru-baru ini.

Turut hadir dalam Majlis Pelancaran tersebut ialah Pembantu Menteri; YB Datuk Julita Mojungki, YB Flovia Ng, dan Setiausaha Tetap; Lee Chun Khiong

Beliau dalam pada itu berkata, menjadi harapan pihaknya supaya kementerian berkenaan akan mempertingkatkan kualiti sedia ada dalam memastikan hala tuju yang disasarkan sebelum ini mampu dicapai dengan tahap cemerlang.

“Saya berharap agar Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta Jabatan dan Agensi di bawah seliaan Kementerian ini akan meneruskan program-program Integriti berbentuk pendidikan, advokasi dan pencegahan dengan kerjasama SPRM.

” Ini supaya pelaksanaan mampu dibuat dengan lebih kerap dan bukan sahaja di peringkat ibu pejabat, malah meliputi agensi dan jabatan di peringkat negeri dan daerah” katanya.-pr/BNN

 

Foto: FB: Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top