Penubuhan Pejabat Majlis Daerah Membakut Harus Ditangguh, Diteliti Semula – Amirzan

armizan.jpg

Armizan ketika menghadiri Majlis Hari Raya Pejabat Daerah Papar di Dewan Masyarakat Papar, semalam.

Kongsi Bersama

PAPAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas Datuk Armizan Mohd Ali meminta kerajaan Sabah supaya menangguhkan pewujudan Pejabat Majlis Daerah Membakut dan meneliti semula beberapa perkara, khususnya yang berkaitan dengan persempadanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti semula  kerana ia akan mendatangkan beberapa masalah kepada kedua-dua Majlis Daerah Papar dan Majlis Daerah Membakut akibat persempadanan yang baharu, khususnya yang berkaitan soal pungutan cukai.

“Kita sudah maklum bahawa Pejabat Daerah Membakut telah diwujudkan dan beroperasi, dengan kos-kos yang digunakan adalah daripada kerajaan, namun ia berlainan dengan kos pengoperasian Pejabat Majlis Daerah Membakut yang bergantung kepada pungutan cukai,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Papar, di sini semalam.

Beliau berkata sekiranya Pejabat Majlis Daerah Membakut diwujudkan pada ketika ini, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan untuk kos pengoperasian kedua-dua pejabat majlis daerah Papar dan Membakut.

Armizan berkata pada masa ini kos pengoperasian termasuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan Pejabat Majlis Daerah Papar bergantung kepada pungutan cukai, dan apabila Pejabat Majlis Daerah Membakut mula beroperasi, ia pasti akan menimbulkan kesukaran kerana pungutan cukai bagi pejabat Majlis Daerah Papar nanti akan berkurangan secara drastik.

“Ini kerana ada kawasan yang menyumbang cukai yang besar akan berada dalam kawasan Membakut, sebab itu kita mahu perkara ini diselesaikan terlebih dahulu, kalau boleh ia dapat memuaskan hati kedua-dua pihak dan seterusnya tidak akan menyusahkan kerajaan kelak,” tambahnya.

Papar dan Membakut merupakan daerah di kawasan Pantai Barat Sabah masing-masing terletak sekitar 40 kilometer dan 94 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu. – BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top