Penubuhan PANDARAS Langkah Baik Bantu Perjuang Hak Rakyat Sabah – Ellron

ellron.jpg
Kongsi Bersama

SOOK: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Ellron Angin menyifatkan penubuhan Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (PANDARAS) sebagai satu langkah yang baik terutama dalam membantu memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.

Sambil memuji dan menyokong penubuhan persatuan itu, beliau berkata perjuangan PANDARAS bertepatan dengan perjuangan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ingin mengembalikan hak-hak orang Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Mengutamakan kebajikan serta hak orang asal Sabah merupakan antara misi utama penubuhan PANDARAS dan ini harus kita sokong penuh,” katanya.

Ellron berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian PANDARAS Sook di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Rakyat STAR DUN N.45 Sook, Kampung Biah Tengah, pada Sabtu.

Turut hadir Presiden Pandaras Buhavan Remsie Kisi.

Ellron (dua dari kanan) dan Buhavan Remsie (dua dari kiri) memotong riben simbolik pelancaran PANDARAS bahagian Sook.

Ellron yang juga Adun Sook menyeru rakyat supaya mengelak daripada terpengaruh anasir-anasir luar yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk memecahbelahkan ikatan perpaduan pelbagai etnik orang asal di negeri ini.

“Saya melihat perjuangan PANDARAS ini seiring dengan visi kerajaan Sabah sekarang, dan saya amat menyokong penuh perjuangan persatuan ini,” Ellron menambah.

PANDARAS Sook akan diketuai oleh Pahaka Mayo Leonard Andreas.

Sementara itu, Remsie Kisi dalam ucapannya berkatak, PANDARAS merupakan sebuah persatuan yang berperanan dalam memartabatkan hak-hak orang Sabah dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan, pihak swasta mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong perjuangan persatuan itu.

Menurut beliau PANDARAS jmerupakan platform penting dalam melestarikan budaya dan warisan Orang Asal Sabah selain bertindak sebagai agen kesedaran kepada masyarakat Sabah terutama golongan muda.

Difahamkan PANDARAS yang ditubuhkan pada 26 Ogos 2020 dan mempunyai keahlian seramai 8,000 orang di seluruh Sabah.

 

Berita asal: Jesselton Times

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top