Penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN Belum Sampai Ke Peringkat BN – Yakub

yakub-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertembungan kerusi antara komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) mungkin dapat dielak melalui Jawatankuasa Kerjasama Solidariti yang ditubuhkan Ketua Menteri baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan walaubagaimanapun berkata, perkara itu belum lagi sampai ke peringkat perbincangan antara BN Sabah.

“Mungkin pihak GRS telah mengambil langkah untuk berfikir tentang ke mana arah mereka, tetapi perkara itu belum lagi sampai ke peringkat BN.

“Insya-Allah ianya (kolaborasi) akan sampai ke peringkat perbincangan dalam masa terdekat,” katanya kepada wartawan.

Pada Isnin, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengelak mana-mana pertembungan kerusi semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Apabila diminta memberikan ulasan mengenai perkara itu, beliau berkata secara ringkas: “Itu pandangan beliau (Hajiji)”.

Yakub, yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah berkata beliau belum boleh mengulas lebih lanjut mengenai situasi berkenaan tetapi menekankan bahawa Barisan Nasional, khususnya UMNO, terus yakin dan bersedia menghadapi PRU-15.

 

Berita asal: sabahnews.com.my


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top