Pentadbiran Balai Polis Tenom berpindah sementara ke bangunan IPD Tenom

Bumbung-balai-polis-tenom.jpg

Balai Polis Tenom yang rosak teruk akibat dibadai angin kencang Selasa lepas.

Kongsi Bersama

TENOM:  Pentadbiran Balai Polis Tenom berpindah sementara ke bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, susulan bumbung balai polis berkenaan rosak teruk diterbangkan angin kencang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Polis Ediansha Edal berkata, berikutan kerosakan itu operasi pentadbiran Balai Polis Tenom dihentikan buat sementara waktu.

“Orang ramai yang ingin membuat sebarang urusan dengan balai diminta hadir ke IPD Tenom, di Jalan Bunut Tenom” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Pada Selasa, bumbung Balai Polis Tenom musnah diterbangkan angin kencang kira-kira jam 4 petang.

Berikutan kejadian itu banyak peralatan dalam balai itu mengalami kerosakan. – NABALU NEWS

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top