Penolong Pengurus Besar tidak mengaku bersalah, salah guna harta syarikat

mahkamah-tawau.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang Penolong Pengurus Besar syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas empat pertuduhan penyalahgunaan harta syarikat membabitkan sisa kosentrat emas, empat tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 49 tahun itu tidak mengaku bersalah bagi semua pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin dan Majistret Don Stiwin Malanjun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lombong Bukit Mantri, Balung dalam daerah Tawau masing-masing pada awal tahun 2020, Oktober 2021, Mei 2022 dan Disember 2022.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Penolong Pengurus Besar merangkap Penyelia Gold Room di sebuah syarikat perlombongan emas di Tawau telah dengan curangnya menjadikan harta milik syarikat berkenaan iaitu sisa kosentrat emas sebagai kegunaan sendiri.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad manakala tertuduh diwakili Peguam Chin Teck Ming dan Vivian Thien.

Mohd Syahnidzam menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Brando Pang dengan dua orang penjamin tempatan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan dua orang tempatan.

Kes disebut semula pada 14 Mei depan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top