Penolong Pengarah Kanan Ditahan Minta Suapan RM10,000

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penolong pengarah kanan selepas didapati meminta rasuah sebanyak RM10,000.

Menurut sumber suspek yang bekerja di salah sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah itu meminta rasuah terbabit daripada orang awam bagi mempercepatkan urusan pengeluaran surat tawaran tanah membabitkan pekebun kecil.

Difahamkan individu berumur 54 tahun tersebut ditahan oleh pegawai SPRM kira-kira jam 3.00 petang di pejabatnya di sini pada Selasa.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

Beliau berkata permohonan reman bagi suspek akan dijalankan hari ini.

Tambahnya kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Karunanithy juga tidak menolak kemungkinan besar SPRM akan menjalankan tangkapan susulan membabitkan beberapa individu bagi membantu siasatan kes ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top