Penjawat Awam Negeri Turut Beri Sumbangan Kepada Tabung Bencana Negeri COVID-19

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penjawat awam negeri Gred 29 hingga Gred Turus akan menerima potongan melalui pengurangan sebahagian dari Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Setiausaha  Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dalam kenyataannya hari ini berkata, pengurangan berkenaan untuk  menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri COVID-19 Sabah untuk tempoh dua bulan pada Jun dan Julai 2021.

Katanya, langkah itu selaras dengan pengumuman sumbangan penjawat awam oleh Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jun lepas dan tanda keprihatinan penjawat awam negeri kepada rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurutnya, Pengurusan Tertinggi di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah memutuskan pelaksanaan sumbangan berkenaan sama seperti penjawat awam Persekutuan iaitu potongan 50 peratus daripada ITK untuk Gred Turus I hingga Turus III, 50 peratus daripada ITK untuk Gred JUSA A, dan 20 peratus daripada ITK untuk Gred JUSA B.

Beliau berkata, pemotongan sebanyak 10 peratus daripada ITK untuk Gred JUSA C, lima peratus daripada ITK/ITKA untuk Gred 44 hingga 54 dan RM10 daripada ITKA untuk Gred 29 hingga 41.

Bagaimanapun jelasnya, sumbangan berkenaan tidak melibatkan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *