Peningkatan Mendadak Jumlah Pengundi: Rakyat Sabah Mahukan Jawapan, Kata KDCA

DS-clerence-malakun.jpg

Datuk Seri Clarence Malakun

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus didesak menjelaskan berhubung dakwaan peningkatan bilangan pengundi yang mendadak di negeri ini. Desakan yang sama juga diajukan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kali ini desakan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Datuk Seri Clarence B. Malakun.

Daily Express dalam laporannya hari ini memetik Clarence sebagai berkata isu itu penting kepada rakyat di negeri ini yang tidak lama lagi akan menggunakan hak mereka untuk mengundi kerajaan akan datang.

“Ini (peningkatan mendadak jumlah pengundi) sangat membimbangkan. Kami menerima begitu banyak panggilan yang menuntut untuk mengetahui kebenaran. SPR dan JPN berada dalam kedudukan terbaik untuk menjelaskan.

“Rakyat Sabah telah lama hidup di bawah syak wasangka bahawa orang bukan Sabahan telah turut mengundi. Kita telah mendengar tentang mereka mendapat IC. Kita telah mendengar tentang Projek IC yang memalukan, dan sekarang (masalah) ini (peningkatan 574,120 pengundi jika dibandingkan pada 2018 dan 2020),” katanya.

Clarence berkata JPN sepatutnya mempunyai proses pengesahan yang sewajarnya untuk menentukan sama ada pengundi baharu itu memegang kad pengenalan yang dikeluarkan dengan betul dan sah.

“Tetapi persoalan besar kekal: mengapa mereka tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi sebelum ini?” tanya beliau.

Clarence berharap SPR komited dalam membersihkan Sabah daripada semua kecelaruan ini.

“Pemimpin kita semua bersatu dalam mahu membina Sabah yang lebih baik.

“Untuk bergerak ke hadapan, kita mesti terlebih dahulu mengusir hantu yang telah lama membayangi kita dan ibu kepada mereka semua adalah bukan warga Sabah yang membuang undi untuk menentukan kerajaan pilihan kita,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top