Peningkatan kes kehamilan bawah umur di Sabah membimbangkan

james-ratib.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lonjakan kes kehamilan bawah umur di negeri ini menarik perhatian Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib.

Daily Express dalam laporannya semalam memetik menteri itu sebagai berkata 1,500 kes yang direkodkan antara 2017 dan 2021 adalah “sangat meresahkan”.

“Pada 2022, Sabah merekodkan 329 kehamilan remaja, jumlah kes kedua tertinggi di Malaysia.

“Sifat tindakan terhadap kanak-kanak yang terdedah ini tidak dapat difahami,” kata James dalam ucapan yang dibacakan oleh pegawai khasnya pada satu majlis di sini.

Beliau berkata, banyak kejadian jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

James juga menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan meminta lebih banyak sumber diperuntukkan untuk menangani masalah itu.

Ini termasuk penubuhan lebih banyak pusat temu duga kanak-kanak dan mahkamah khusus untuk mendengar kes penderaan seksual.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top