Peniaga Kecil Perlu Kreatif Pasar Produk

amisah.jpg

Amisah (kanan) sarankan peniaga kecil lebih kreatif memasarkan produk masing-masing.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Peniaga-peniaga kecil disaran supaya lebih kreatif dalam usaha memasarkan produk keluaran masing-masing, termasuk menggunakan kaedah-kaedah komunikasi terkini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (dilantik), Datuk Amisah Yassin ketika membuat saranan itu berkata, pandemik COVID-19 yang melanda dua tahun lalu banyak menjejaskan golongan peniaga mahupun golongan yang bekerja.

“Peniaga hari ini perlu tingkatkan kreativiti pemasaran terutamanya penggunaan aplikasi dalam talian mahupun melalui media sosial.

“Selain itu, apabila COVID-19 melanda banyak transaksi tanpa tunai dijalankan, jadi saya mahu penjaja kecil juga tidak ketinggalan untuk terlibat sama.

“Penjaja kecil khususnya golongan wanita tempatan yang terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal perlu mendominasi bidang perniagaan khususnya secara kecil-kecilan seperti produk makanan mi kuning.

Beliau berkata demikian semasa penutupan Kursus Pembuatan Mi Kuning di Dewan Kampung Sinarut Ranau semalam.

Menurut beliau memasarkan produk di media sosial sahaja tanpa strategi yang berkesan berkemungkinan tidak mampu memberi impak seperti yang diinginkan, apatah lagi ketika hampir semua jenis perniagaan kini beralih ke platform digital.

“Apa yang sangat diperlukan usahawan ialah akses bagi mereka meningkatkan pendapatan dalam kadar segera dan akses pasaran bagi produk mereka. Walaubagaimanapun, mereka terlebih dahulu perlu diberi latihan seperti aspek pemasaran baharu dan kemahiran teknologi,” katanya.

Program tersebut merupakan anjuran PEMUKA (Persatuan Muafakat Kampung Sinarut) dengan kerjasama Srikandi Bersatu bahagian Ranau.

Seramai 20 peserta terdiri golongan wanita menyertai program dua hari tersebut. Setiap peserta kursus diberi sebuah mesin pembuat mee kuning bersama Sijil Penyertaan Kursus.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top