Peniaga Dicekup Cuba Sogok Ketua Jabatan Agensi Kerajaan

gari.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peniaga selepas dipercayai cuba menyogok seorang ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bagi mempercepatkan proses kelulusan penjualan minyak kepada nelayan di Jeti Batu Putih, Sandakan.

Sumber berkata, peniaga berusia 50-an itu menawarkan RM2,000 kepada ketua jabatan terbabit untuk tujuan itu.

“Bagaimanapun ketua jabatan berkenaan menolak pemberian wang terbabit dan seterusnya melaporkan perkara itu kepada SPRM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan terhadap peniaga terbabit

“Tindakan ketua jabatan berkenaan yang melaporkan kes rasuah kepada pihak SPRM amat terpuji.

“Ia selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 iaitu kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top