Peniaga di Sabah diingatkan tidak ambil kesempatan naik harga ekoran kenaikan SST

harga-barang.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Peniaga di Sabah diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuatkuasa semalam.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata ini penting bagi memastikan kenaikan SST itu tidak membebankan orang ramai.

Menurutnya selepas wabak Covid-189, pihaknya menyedari pola pasaran barangan telah berubah kerana orang ramai mengalami kemerosotan kewangan.

“Orang ramai kini sangat selektif untuk membeli makanan dan produk yang lebih murah akibat kekangan kewangan,” katanya.

Oleh itu, David menggesa peniaga supaya bertimbang rasa untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan produk pengguna secara tidak munasabah hanya kerana kenaikan 2% SST.

Tinjauan rambang di pekan Menggatal menunjukkan terdapat beberapa restoran yang menaikkan harga minuman chinese teh kosong sehingga RM1.50 bermula kelmarin. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top