Pengusaha Pelancongan Berasaskan Komuniti Disaran Sertai Koperasi

joniston.jpg

Datuk Joniston Bangkuai (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengusaha pelancongan desa berasaskan komuniti di Sabah boleh mempelbagaikan sumber pendapatan mereka dengan melibatkan diri dalam sektor koperasi, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata pengusaha pelancongan desa berasaskan komuniti sudah mempunyai struktur jawatankuasa tersusun yang boleh digunakan apabila mereka menubuhkan koperasi.

Katanya, pengusaha pelancongan berasaskan komuniti tidak seharusnya mengehadkan diri mereka untuk menjalankan perniagaan pelancongan sahaja.

“Melalui koperasi, semua anggota mudah untuk memohon bantuan tertentu terutama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menyarankan agar koperasi luar bandar sedia ada di Sabah mengembangkan fokus perniagaan mereka kepada pelancongan, yang merupakan antara penyumbang pendapatan utama negeri dan teras kepada rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya.

Beliau berkata kementeriannya dan Lembaga Pelancongan Sabah akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk membimbing koperasi dan pengusaha pelancongan komuniti yang ingin melibatkan diri dalam koperasi. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top