Pengusaha Bot Laju Menumbok Hargai Sumbangan Kerajaan Negeri

sumbangan-bot-menumbok.jpg
Kongsi Bersama

Oleh : Jaafar Abd Wahid

MENUMBOK: Persatuan Penambang  Bot Laju Menumbok (PPBLM)  menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan kepada ahli-ahli persatuan tersebut yang terkesan sumber pendapatan mereka ekoran  pandemik COVID-19 .

Pengerusinya  Mohamad Sait berkata, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, penguasa bot penambang laju Menumbok sudah mula terkesan bagaimanapun ketika itu mereka boleh beroperasi walaupun tidak sepenuhnya.

Menurut beliau selepas pilihan raya negeri, PKP 2.0 dan  PKP 3.0 dikuatkuasakan ianya  merupakan saat yang paling getir kepada pengusaha yang melibatkan seramai 130 orang termasuk pekerja  bila mana mereka sudah tidak beroperasi menyebabkan masing-masing terputus sumber pendapatan harian.

“Alhamdulillah kerajaan negeri amat prihatin dengan tampil menghulurkan sumbangan melalui beberapa agensi.

“Kami amat berterima kasih khususnya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Arif yang amat cakna dengan nasib kami selain beberapa individu yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ahli-ahli kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan tersebut di sini kemarin.

Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh Arifin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury, Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki, Pengurus Besar  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah  Salman Nurilah, Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim.

Pada majlis tersebut  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah menyumbang sebanyak RM13,000, Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah RM5,000 selain sumbangan bakul makanan dari Yayasan Dakwah Malaysia Cawangan Sabah (YADIM) dan juga seorang pengusaha acara  dari  SR Events Production Sharom Abd. Ghaffae yang turut  menyumbangkan baucer untuk   pembelian barangan.

Mohamad berkata dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli persatuan dan keluarga mereka yang mana sumber pendapatan harian mereka bergantung sepenuhnya kepada aktiviti tersebut.

Beliau juga turut menzahirkan harapan agar mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan “one-off” di bawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

Sementara itu Arifin ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) yang bertujuan untuk sama-sama membantu rakyat di negeri ini yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top