Pengurusan Kes Rayuan Peter Anthony Pada 28 Julai

Peter-Anthony.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Rayuan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda terhadap pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan, ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes, pada 28 Julai.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari yang mewakili pihak pendakwaan mengesahkan tarikh pengurusan kes itu.

April lepas Peter, 51, memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitannya, hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Mei 2022.

Beliau gagal sebelum ini dalam rayuannya itu di Mahkamah Tinggi, pada 18 April lepas, dan ini merupakan rayuan terakhir Peter di Mahkamah Rayuan.

Menurut kertas pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Dia didakwa memalsukan surat mengenai kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top