Penglibatan Belia Dalam Aktiviti Sukarela Penting – Nizam

nizam.jpg

Nizam (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima.

Kongsi Bersama

TAWAU: Penglibatan para belia dalam aktiviti kesukarelawanan amat penting dalam proses pembinaan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Aktiviti serupa itu bukan sahaja dapat melatih semangat berkhidmat kepada masyarakat, tetapi juga memupuk keprihatinan yang merupakan nilai teras dalam kepimpinan, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Penghargaan Sukarelawan yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda (KRM) Tawau dan Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah di Tawau pada Sabtu lalu.

Menurut penganjur, majlis itu diadakan bagi mengharai jaga khidmat bakti Sukarelawan yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan program dan aktiviti bersama masyarakat.

Dalam majlis ringkas itu juga telah disampaikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda tahap Emas (The Duke of Edinburgh’s International Award) kepada 16 orang Sukarelawan selain Sijil Penghargaan Sukarelawan MYVAC dan OPS COVID-19 MRA SABAH 2021.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top